Aku mula membuka laptop kesayanganku, bagiku hanya laptopku tempat aku curahkan segala-segalanyanya. Perasaan ku, pahit dan manis semuanya tersimpan kemas di dalamnya. Aku mula membuka file yang menempatkan semua gambar-gambar kenangan aku ketika waktu dahulu. Disebabkan terlalu asyik melihat gambar, aku tertekan file gambar yang sepatutnya telah lama aku buang sejak dahulu lagi.
Click!
Terpampang di depan mataku berpuluh keping gambar seorang lelaki. Bermacam aksi gmbar dapat diperhatikan, ada sedang tersenyum riang, ada yang sedang bermain dan banyak lagi. Kesemua gambar di ambil secara curi pada tiga tahun dahulu.
Kelu aku pada ketika itu. Itulah lelaki yang telah lama aku ingin lupakan dalam hidupku, lelaki yang telah membuat aku menangis dan membuat aku menutup pintu hatiku untuk menerima lelaki lain.
Tengku Hariz Iskandar!
Tanpa ku sedari, nama lelaki itu terkeluar dari mulutku. Telah tiga tahun aku tidak menyebut nama lelaki itu.Tiada sesiapa pun daripada kawan-kawan ku yang mengetahui bahawa aku menyukai lelaki ini. Telah lama aku simpan perasaan itu. Terlalu lama. Lelaki itu sendiri tidak mengetahuinya. kami tidak pernah berbual atau mengenali antara satu sama lain. Dia merupakan senior aku.
Pada ketika itu, aku di tahun satu manakala dia sudah di tahun terakhir. Fakulti kami berlainan. Dia megambil jurusan mekanikal engineering manakala aku pula jurusan kimia. Aku akui dahulu aku sangat bencikannya walaupun kawan-kawanku selalu memujinya dan menyatakan bahawa dia masih single dan loaded.
Iye la, mana tak loadednya, motosikal yang di pakainya RXZ berwarna hitam. Baju pula semuanya ada brand. Bagi ku lelaki seperti itu perempuan penuh keliling pinggang. Lelaki hansem katakan.Tapi, tak pernah pula aku terserempak dia dengan mana-mana perempuan.
Tapi orang tua selalu berpesan, ” Jangan terlalu membenci seseorang, nanti turun pula pada hati” Ini la apa yang aku telah alami. Dari perasaan benci, telah bertukar pada perasaan sayang yang amat sangat. Perasaan itu datang secara tiba-tiba, mungkin kerana satiap hari kami terserempak ketika mahu makan.
Dan setiap hari juga aku akan mengintai dia ketika waktu makan. Hanya itu sahaja caranya untuk aku lepaskan rinduku. Tapi itu hanya seketika. Sehingga sampai satu hari di depan mataku sendiri, buat pertama kalinya, aku terserempak dengannya. Pada ketika itu dia tengah dating.Betapa mesra dan secocok nya mereka berdua. Aku tidak sanggup lagi untuk melihat lalu berlalu pergi. Ketika aku menoleh belakang, aku ternampak dorang berjalan di belakang aku. Dorang kelihatan begitu gembira manakala aku di depan mereka menangis teresak-esak. Itulah buat kali pertama dan terakhir jarak kami berdua sedekat itu. Hanya dalam 25 meter dan itulah kali terakhir aku melihatnya kerana aku tidak sanggup lagi.
Air mataku mula mengalir keluar. kenangan lama, betul-betul menyakitkan. Aku menangis teresak-esak. Tugasan yang perlu aku lakukan telah lama aku lupakan. kenangan itu betul-betul menyentap tangkai hati aku. Aku mahu menangis semahu-mahunya. Rinduku padanya semakin mendalam, namun apakah daya. Aku hanya mampu merindui bayangannya. Dahulu, hanya bayangannya menjadi penghias mimpi-mimpiku pada setiap malam.
Akhirnya aku tertidur sambil di temani air mata yang telah lama ku tahan sambil di iringi lagu “Hapus Aku” dari kumpulan Nidji
Yakinkan aku tuhan..
Dia bukan milikku…
Biarkan waktu..waktu..
Hapus aku
Sadarkan aku tuhan..
Dia bukan milikku..
Biarkan waktu-waktu…
Hapus aku
No comments:
Post a Comment