Ko adalah sesuatu..

Yang tak mungkin dapat ku capai..

Diri ini hanya mampu bermimpi...

Mimpi tuk bersamamu selamanya...

Seperti tiada penghujungnya..

Sunday, November 8, 2009

part 4

Tepat pukul dua setengah petang akan berakhir lah final aku untuk sem ini. Akhirnya setelah dua minggu berpenat lelah stay up sehingga lewat malam, aku boleh bergembira sepuas-puasnya untuk sebulan. Aku seakan-akan tidak percaya sudah dua tahun setengah aku belajar di UTM Skudai. Begitu cepat masa berlalu. Masa yang telah meninggalkan pelbagai kenangan kepadaku. Hanya tinggal satu sem lagi aku akan meninggalkan tempat ini dan mula untuk bekerja.


Aku mula sibuk mengemas barang untuk pulang ke rumah keesokkan harinya. Tidak terungkap dengan kata perasaan aku untuk pulang ke rumah. Betapa gembiranya aku untuk berjumpa dengan adik kesayanganku, Aizat.


Tiba-tiba pintu bilikku diketuk. Beberapa saat kemudian aku melihat Nia di tepi pintu bilikku. Dia memberitahu padaku bahawa ada seseorang mahu berjumpa dengan ku. Urgent katanya. Aku mula kaget. Selama ini tidak pernah sekali pun ada orang mahu berjumpa denganku. Kalau urgent pun mesti akan hantar sms kepadaku. Aku mula pelik kerana Nia tidak berkata apa-apa pon dan terus berlalu.


5 minit kemudian setelah bersiap ala kadar aku keluar mencari kelibat seseorang yang mahu berjumpa denganku. Tiada sesiapa di situ, cuma terdapat sebuah kereta BMW Series 5 terpangkir berhampiran blokku. Aku mula merasa seperti di permainkan dan segera melangkah laju masuk ke bilikku semula, tetapi langkahan ku berhenti apabila aku terdengar seseorang memanggil namaku. Jantungku tiba-tiba mula berdenyut laju.


” Mustahil!!..itu mustahil!!...suara tu…itu semua hanya mimpi!!..mustahil ” Aku berbisik sendiri.


Aku mula menyambung semula langkahanku. Tiba-tiba, aku merasakan seperti ada seseorang memegang tanganku dan terus menarik aku ke dalam pelukannya. Aku terkejut sehingga tidak terkata. Perkara ini berlaku secara mendadak. Tidak mampu aku lakukan apa-apa.


Sewaktu berada dalam pelukannya, aku terhidu bau perfume yang di pakainya sama seperti Hariz. Lelaki yang amat aku rindui selama 3 tahun ini. Tapi itu mustahil. Hariz tidak akan berada di sini. Tapi, siapakah ini?


Aku merenggangkan pelukan itu. Air mata aku mengalir laju. Benarkan ini bukan mimpi? Adakah aku bermimpi bahawa Hariz berada di depan mata aku. Semua ini bukan mimpi apabila Hariz mengesat air mataku. Aku yang masih keliru mengikutinya memasuki kereta BMW tersebut.


Setelah melihatku semakin tenang, dia mula bercerita kepadaku bahawa sudah 3 tahun dia mencari aku seperti mana 3 tahun aku merindui dirinya. kali terakhir dia melihatku pada waktu maghrib di tempat makan ketika dia bersama dengan Shasha,sepupunya yang sudah dianggap sebagai adik sendiri. Ya, itu lah kali terakhir kami bertemu setelah aku membuat keputusan untuk tidak makan di situ lagi.


Dia menyambung..


Hampir setiap hari dia menunggu aku di tempat makan sehingga sampai hari terakhir dia berada di UTM. Tetapi, aku tidak juga muncul. 3 tahun dia menutup pintunya untuk menerima perempuan lain dan setiap hari dia berdoa supaya dipertemukan denganku sampai satu saat dia hampir-hampir mengalah, Allah telah mengakbulkan doanya. Harapannya semakin bersinar apabila adiknya menceritakan dan menunjukkan gambar aku kepadanya. Adiknya menceritakan semua perihal ku kepadanya dan menceritakan kepadanya bahawa aku telah menunggunya selama 3 tahun.


Aku semakin bingung. Hariz punya adik?. Memahami kekeliruan ku, Hariz sambil tersenyum menceritakan bahawa Danny adalah adiknya.


Aku betul-betul terkejut. Dalam fikiranku, patut muka mereka sama. Adik beradik rupanya. Tidak pernah ku sangka dunia ini sangat kecil. Tapi, ada sesuatu di sini yang aku betul-betul tidak mengerti.


Tiba-tiba bunyi ketukan di luar pintu kereta. Hariz keluar meninggalkan diriku sendirian di dalam kereta. Dalam keadaan samar-samar aku melihat Hariz sedang berbual dengan dua orang yang benar-benar aku kenali. Nia dan Danny?. Tanpa berfikir panjang, aku terus meluru keluar dari kereta dan terus pergi mendapatkan mereka bertiga.


Nia mula bercerita padaku bagaimana dia mengetahui perkara ini. Pada waktu malam ketika aku terbuka file-file yang menempatkan gambar Hariz sambil menangis teresak-esak, Nia ternampak dengan tidak sengaja. Pada ketika itu, dia mahu berjumpa dengan ku untuk bertanya tentang tugasan yang diberi. Melihat keadaanku yang sedang menangis, dia memerhatikan aku sehingga aku tertidur.


Pada malam tersebut, aku tertidur sambil terlupa menutup laptopku. Nia menunggu sehingga aku tertidur dan kemudian dia membuka semula file-file tersebut dan membaca semua isi hatiku selama 3 tahun ini. keesokkan harinya Nia berjumpa dengan Danny kerana menganggap gambar-gambar tersebut gambar Danny, tetapi alangkah terperanjatnya Nia bahawa rupa-rupanya gambar tersebut milik abang Danny iaitu Hariz. Dari situ, mengertilah Nana kenapa aku selalu dingin dengan mana-mana lelaki.


Setelah Nia habis bercerita, Hariz menoleh ke arahku sambil memegang tanganku dengan erat . Aku tidak mampu untuk berkata-kata lagi. Hanya mampu tersenyum malu sambil memeluk Nia dan mengucapkan terima kasih untuk pertemuan yang amat bermakna ini.


Danny pula hanya tersenyum melihatku. Tetapi, dapat ku lihat garis-garis kesayuan pada wajahnya. Aku mendapatkanya dan mengucapkan terima kasih kepadanya.


Danny hanya mampu berpura-pura senyum di depan Alya, abangnya dan Nia. Andai itu takdirnya, dia merelakannya.


”Alya, kalau itu mampu membahagiakan dirimu, aku sanggup mengundurkan diri dan mendoakan dirimu agar gembira selalu. Pergilah sayang..akan ku biarkan rindu ini berlalu seperti embun pagi. Dingin dan menyenangkan tapi, apabila datangnya sang mentari ianya akan hilang untuk selamanya”

part 3

Aku mula membuka laptop kesayanganku, bagiku hanya laptopku tempat aku curahkan segala-segalanyanya. Perasaan ku, pahit dan manis semuanya tersimpan kemas di dalamnya. Aku mula membuka file yang menempatkan semua gambar-gambar kenangan aku ketika waktu dahulu. Disebabkan terlalu asyik melihat gambar, aku tertekan file gambar yang sepatutnya telah lama aku buang sejak dahulu lagi.


Click!


Terpampang di depan mataku berpuluh keping gambar seorang lelaki. Bermacam aksi gmbar dapat diperhatikan, ada sedang tersenyum riang, ada yang sedang bermain dan banyak lagi. Kesemua gambar di ambil secara curi pada tiga tahun dahulu.


Kelu aku pada ketika itu. Itulah lelaki yang telah lama aku ingin lupakan dalam hidupku, lelaki yang telah membuat aku menangis dan membuat aku menutup pintu hatiku untuk menerima lelaki lain.


Tengku Hariz Iskandar!


Tanpa ku sedari, nama lelaki itu terkeluar dari mulutku. Telah tiga tahun aku tidak menyebut nama lelaki itu.Tiada sesiapa pun daripada kawan-kawan ku yang mengetahui bahawa aku menyukai lelaki ini. Telah lama aku simpan perasaan itu. Terlalu lama. Lelaki itu sendiri tidak mengetahuinya. kami tidak pernah berbual atau mengenali antara satu sama lain. Dia merupakan senior aku.


Pada ketika itu, aku di tahun satu manakala dia sudah di tahun terakhir. Fakulti kami berlainan. Dia megambil jurusan mekanikal engineering manakala aku pula jurusan kimia. Aku akui dahulu aku sangat bencikannya walaupun kawan-kawanku selalu memujinya dan menyatakan bahawa dia masih single dan loaded.


Iye la, mana tak loadednya, motosikal yang di pakainya RXZ berwarna hitam. Baju pula semuanya ada brand. Bagi ku lelaki seperti itu perempuan penuh keliling pinggang. Lelaki hansem katakan.Tapi, tak pernah pula aku terserempak dia dengan mana-mana perempuan.


Tapi orang tua selalu berpesan, ” Jangan terlalu membenci seseorang, nanti turun pula pada hati” Ini la apa yang aku telah alami. Dari perasaan benci, telah bertukar pada perasaan sayang yang amat sangat. Perasaan itu datang secara tiba-tiba, mungkin kerana satiap hari kami terserempak ketika mahu makan.


Dan setiap hari juga aku akan mengintai dia ketika waktu makan. Hanya itu sahaja caranya untuk aku lepaskan rinduku. Tapi itu hanya seketika. Sehingga sampai satu hari di depan mataku sendiri, buat pertama kalinya, aku terserempak dengannya. Pada ketika itu dia tengah dating.Betapa mesra dan secocok nya mereka berdua. Aku tidak sanggup lagi untuk melihat lalu berlalu pergi. Ketika aku menoleh belakang, aku ternampak dorang berjalan di belakang aku. Dorang kelihatan begitu gembira manakala aku di depan mereka menangis teresak-esak. Itulah buat kali pertama dan terakhir jarak kami berdua sedekat itu. Hanya dalam 25 meter dan itulah kali terakhir aku melihatnya kerana aku tidak sanggup lagi.


Air mataku mula mengalir keluar. kenangan lama, betul-betul menyakitkan. Aku menangis teresak-esak. Tugasan yang perlu aku lakukan telah lama aku lupakan. kenangan itu betul-betul menyentap tangkai hati aku. Aku mahu menangis semahu-mahunya. Rinduku padanya semakin mendalam, namun apakah daya. Aku hanya mampu merindui bayangannya. Dahulu, hanya bayangannya menjadi penghias mimpi-mimpiku pada setiap malam.


Akhirnya aku tertidur sambil di temani air mata yang telah lama ku tahan sambil di iringi lagu “Hapus Aku” dari kumpulan Nidji


Yakinkan aku tuhan..

Dia bukan milikku…

Biarkan waktu..waktu..

Hapus aku

Sadarkan aku tuhan..

Dia bukan milikku..

Biarkan waktu-waktu…

Hapus aku


part 2

” Alya!!! ”.


” Ish!..siapa pula yang panggil aku ni. Kacau daun betul. Tak boleh tengok orang senang sket, ada-ada sahaja rintangan ” Rungut ku dalam hati.


Aku dengan berat hati mula menoleh.


Danny??.


” Kenapa?. Ada apa-apa yang perlu saya tolong ” Tanyaku dengan perasaan tidak ikhlas.


Danny? kami dalam tahun yang sama, tetapi fakulti kami berlainan. Aku tahu nama dia disebabkan Nia sibuk bercerita tentang Danny. Muka macam Awal, pengacara Beat Tv. Hansem?, boleh la tahan. Yang penting aku langsung tidak berminat hendak berkenalan dengan dia kerana dia akan mengingatkan aku pada seseorang.


Tersengih-sengih Danny melihat aku dari atas smpai ke bawah. Aku mula tidak selesa segera mula menoleh ke depan dan mula untuk berjalan kembali.


Danny dengan pantas berlari mendapatkan aku kemudian bersama-sama berjalan seiring dengan ku.


” Mamat ni hendak apa pula. Dah tidak ada kerja ke ” bicara ku sendiri.


“Alya”


panggil Danny dengan lembut. Aku langsung tidak menoleh.


” Cantik awak hari ini, baju kebaya singkat warna Oren betul-betul sesuai dengan awak kan? betul-betul menyerlahkan muka awk yang putih kemerah merahan tu, cmpur dengan lesung pipit awk tu, kalau senyum aduhai, cair lelaki-lelaki kat sini..hehe..kalau awak jadi awek saya, tak tidur malam saya jawabnya ” puji Danny.


Pujian Danny langsung tidak berbekas pada aku. Dengan geram aku terus mempercepatkan langkahanku meninggalkan Danny sendirian. Kemarahanku sudah hampir-hampir ke tahap maksimun. Aku bencikan lelaki!!.


Terkebil-kebil Danny apabila aku meninggalkannya dan melihat mukaku yang menahan marah.

part 1

“Weh, ko termenung lagi!.Termenung pula tepi tingkap. Bukan ada lelaki hansem pun kat situ” bisik Nia kuat di cuping telingaku.


Sergahan Nia membuatkan aku tersedar dari mengingati kenangan dulu, kenangan yang tetap kukuh dalam memori lampau aku.


“Cik Nia sayang oi! mana ada aku termenung la, aku perhatikan bunga kat pokok la..cantik, tapi sayang lama-lama nanti akan gugur juga bunganya” jawabku tanpa berpaling ke arah Nia.


”Amboi-amboi kawan aku sorang nie, jiwang pula ko. Tu la, aku suruh cari pakwe sorang tak nak. Kenapa ko ni susah sangat, bukannya tak ada orang minat dekat ko,bersusun-susun. Ko tu je yang tidak habis-habis nak reject mereka. Kesian aku tengok budak-budak tu..belum apa-apa lagi, ko sudah reject mereka.Tak tahu apa lagi yang aku nak cakap..memilih sangat, campur pulak dengan sikap ko yang dingin dengan lelaki, nampak gaya sampai tua la kawan aku ni tak khawin-khawin.Lagipun kita ni sudah tak lama dekat sini, tinggal satu sem lagi nak graduate” bebel Nia.


Aku pekakkan telinga aku dengan bebelan Nia yang tidak habis-habis bangkitkan isu yang sama pada setiap hari. Penat aku mendengar nya. Ingin aku jerit dengan kuat pada Nia yang aku juga hendak dibelai dan dimanja oleh lelaki yang bernama kekasih, tapi entahla.


" Weh alya!! ko dengar tak apa yang aku cakap nie! mengelamun lagi!! geramnya aku, sia-sia sahaja aku cakap, ko bukan dengar pon.Hah..start la tu buat muka..geramnya!! ” Nia memarahiku sambil tangannya membaling bantal padaku.


” Ish Nia ni. Tue la ko, lain kali jangan bebel pada aku perkara yang sama je hari–hari...bosan aku tau..bosan!! ”


Aku mula berdiri dan berlalu dari situ.


“ Hah..tu nak ke mana pula? nak tengok bunga lagi ke? ” tersengih Nia cuba memerli ku.


” Ha ah…nak pergi kira bunga - bunga yang berguguran tu. Mana la tahu terserempak dengan lelaki hensem ke..apa salahnya ” jawabku dengan selamba smbil menutup pintu dengan kuat. Sengaja aku lakukan begitu.