Ko adalah sesuatu..

Yang tak mungkin dapat ku capai..

Diri ini hanya mampu bermimpi...

Mimpi tuk bersamamu selamanya...

Seperti tiada penghujungnya..

Thursday, June 10, 2010

+ ThAnKs 4 Da MeMoRy +


di persimpangan kehidupan..
kita bertemu..
saling memandang..
lidah kelu tok berbicara..

kau menghulurkan salam..
tanda pengenalan..
sinar matamu yng ikhlas..
dapat ku rasainya..
kita menjalin rasa..
bila hati menjadi satu..

terlalu manis kenangan itu..
kehadiranmu mengajarku banyak perkara..
luka di hati semakin menghilang..
kau bajainya dengan kebahaagiaan..


masih ku ingat petang itu..
bertemu denganmu selepas hari lahirku..
kau pakaikan jam pada tanganku..
ya..aku benar-benar bahagia..
kita bertukar cerita dan saling ketawa..
bayu petang begitu mendamaikan.
oh kenangan..susah tok aku lupakan..


suara nyanyianmu..
pada malam hari..
masih kedengaran..
lagu pertamamu..
'KU JUGA MENCINTAIMU'
tak mungkin aku lupakan..
aku benar-benar teharu..
air mata akhirnya jatuh jua..

aku rindu pada redup matamu..
yang selalu memandangku lembut..
yang selalu memberiku kedamaian..
wajahmu yang putih itu..
begitu menyenangkanku..
bibirmu yang sering tersenyum..
sewaktu memujukku mengajuk..
dan makin melebar..
pabila ku merengek..
ah..betapa ku rindu wajah nan satu itu..

tapi..
masa yang berlalu..
bkn seperti hubungan kita..
kau semakin matang..
tapi..aku masih seperti dulu..
masih bersikap kebudak budakan..
membuat keputusan tanpa berfikir..
aku keliru dengan hatiku sendiri..
sehingga tergamak mninggalkan dirimu..
oh..dunia..katakan saja bahawa aku bodoh..

cyg..maafkanku..
aku yang salah...
hatimu begitu telus..
aku sakiti dirimu tanpa berpaling lagi..
tapi..dirimu masih di hatiku sehingga kini..
tetap di hati ini bersama kenangan dahulu..

kini..
masing-masing telah ada penganti..
aku gembira melihat kebahagiaanmu itu..
benar-benar gembira..
aku juga semakin bahagia bersamanya..
kebahagiaan yang dulunya pudar makin bersinar

terima kasih untuk kenangan itu..
begitu bermakna bagiku..
ianya sebahagian dari harta yang berharga untukku
kegembiraan itu takkan ku lupa..
kerna kau masih salah seorang yang terpenting dalam hatiku..



regards,
-aLya-